Pemain bola sepak negara, Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor  hari ini.

Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran Safee dan Sabrina beserta peguam kedua-dua belah pihak.

Pada Selasa lalu, Safee membuat keputusan membatalkan perintah kembali taat kepada isterinya dan mahu menyelesaikannya perkara itu di luar mahkamah. Dia memfailkan permohonan tersebut pada November lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nor Syaza Syaqina, 3, dan Norsyasya Safirna, 1 tahun.

Safee kini bermain bola bagi pasukan Pelita Jaya, Indonesia dengan mendapat kontrak bernilai lebih RM2 juta dengan pelbagai imbuhan lain.

Sumber dipetik: Mangga Online