Diambil sebulat suara dari Gua

Bekas ahli kumpulan Ruffedge dan hos Beat TV, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan pasangannya Noor Diyana Muhammad (Nana) sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pukul 3 petang tadi. Prosiding mahkamah dilakukan secara tertutup.

Pasangan tersebut merupakan bekas Juara Sehati Berdansa musim 3, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.

Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) & pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan.

Sumber gambar SeiNanArmies Blog