1

Selepas kejayaan merakamkan lagu duet Hanya Memuji bersama Marcell, Shanty meneruskan kolaborasi dengan seorang lagi penyanyi Indonesia, Donne Maulana menerusi lagu Untuk Siapa. Lagi gambar menyusul…

Shanty atau nama sebenarnya Annissa Nurul Shanty Kusuma Wardhani Heryadie, 31, sebelum ini kerap tampil dalam lagu berentak rancak sehingga mendapat gelaran ‘Ratu Disko’. Kerjasama itu teryata memberi manfaat kepada artis sepertinya dalam usaha membina nama yang lebih kukuh dalam dunia seni suara.

Menurut Shanty, dalam penghasilan lagu baru, dia tetap memilih irama rancak yang cukup dekat dengan dirinya. Biarpun pernah mencuba pelbagai rentak. namun irama rancak ala disko tetap menjadi pilihannya.