Sebuah pesawat kargo Boeing 747 telah terhempas di Bagram Air Field berhampiran ibu kota Afghanistan, Kabul pada hari Isnin. Kemalangan itu membunuh semua tujuh orang di atas kapal. Pesawat itu telah terhempas tidak lama selepas ia berlepas dalam sempadan pangkalan udara yang dikendalikan Amerika Syarikat, kata seorang jurucakap NATO.

Puak Taliban dengan pantas telah mengaku bertanggungjawab bagi kemalangan itu, tetapi NATO menolak dakwaan itu sebagai “palsu” dalam satu kenyataan kepada media. Punca kemalangan itu sedang disiasat oleh krew kecemasan, tetapi tiada tanda-tanda aktiviti pemberontak di kawasan itu dilihat pada masa itu.