Misi Red Bull Stratos adalah misi yang ditunggu ramai memandangkan ia pernah ditunda buat kali pertama sebelum ini. Misi ini memfokuskan untuk pengumpulan data berkaitan pelepasan beraltitud tinggi dari kapal angkasa, dan secara tak langsung telah mencatat dua rekod dunia iaitu terjunan paling tinggi dari platform, pada ketinggian 128,100 kaki & Kelajuan pecutan maksimum : 833.9 mph.