Dua remaja perempuan kini di cari selepas gambar-gambar CCTV mendedahkan wajah mereka sebagai suspek pencuri duit dalam mesin ATM seorang mangsa yang terlupa mengambil kadnya. Kejadian yang menimpa pengadu, Puan Sanizabri Nurul ‘Ain telah terlupa mengambil semula kad banknya ketika membuat pendaftaran nombor telefon melalui mesin ATM.

Pengadu hanya mengambil resit dan terus meninggalkan mesin ATM tersebut mengakibatkan akaun banknya telah kehilangan wang sebanyak RM2 ribu dipercayai telah dicuri oleh 2 remaja perempuan melalui rakaman CCTV. Apa yang lebih mengecewakan pengadu, dua remaja tersebut mengambil wangnya dalam keadaan gembira dan tersengih. Gambar penuh selepas ini.