Sedap lagu di atas ni. Lagu bertajuk Meraih Harapan ini telah dinyanyikan oleh Zaiton Sameon dan merupakan juara lagu pada tahun 1987. Heh kami pun baru berusia 5 tahun, ape kami tau kami wiki saje. Namun filem arahan Esma Daniel bertajuk “Zaiton Ceritaku” yang menceritakan pahit getir perjalanan hidop Zaiton Sameon ini gagal membawa penonton ke panggung wayang apabila hanya meraih RM100 ribu pada minggu pertama.

Filem ini terpaksa dihentikan tayangannya kerana sambutan yang dingin. Sebagai nota, pembikinan filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Pada pendapat kami, terlalu lewat untuk memfilemkan perjalanan hidop artis kerana menceritakan perjalanan hidup artis belum menjadi trendy di tanahair kita.

Dipetik kata-kata Esma Daniel “Saya terpaksa mengakui hakikat itu kerana pada minggu pertama lagi Zaiton Ceritaku gagal mengutip angka yang memberangsangkan bagi membolehkan ia kekal untuk tayangan.”

Sumber dipetik: mStar Online