Tahniah kepada Zizan kerana telah menjadi juara dalam Super Spontan yang berlangsung pada malam tadi. Kemenangan Zizan membuatkan dia membawa pulang RM100 ribu dan sebuah kenderaan Toyota Camry 2.0G beserta trofi. Manakala rakan baiknye, Johan telah mendapat tempat kedua dan membawa pulang RM50 ribu dan sebuah trofi. Tempat ketiga telah dimenangi oleh Tauke dengan membawa pulang RM25 ribu beserta trofi. Manakala pemenang saguhati daripada ahli yang lain iaitu Rahim, Suhaimi & Ropie membawa pulang RM5 ribu beserta trofi setiap seorang.

Pada pendapat kami, Super Spontan ini sepatutnye dijuarai oleh Johan kerana Johan ialah RAJA SPONTAN yang selayaknye dan runner-up oleh Tauke. Kalau anda mengikuti perkembangan Super Spontan, anda akan dapat lihat kelawakan Johan & Tauke mengawal keadaan untuk mentertawakan penonton. Tapi apekan daya, aura kepopularitian Zizan wins the crowd.