2

Sudah 3 kali penulis membaca akhbar mengenai nasib penyanyi yang popular sekitar 80-an dan 90-an ini yang merana jangkitan kuman di buah pinggangnya. Syukur dia telah menjalani pembedahan ketiga di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada awal Oktober lalu dan menunjukkan perubahan positif apabila tahap kesihatannya semakin baik dan memberangsangkan.

Penulis petik sedikit diambil dari akhbar

Penyanyi yang pernah mencetus fenomena ketika era 80-an dan 90-an serta digelar Sade Malaysia ini menghadapi ujian hidup apabila kesakitan yang dialaminya selama ini berpunca daripada buah pinggang bahagian kanannya yang tidak dapat berfungsi dengan baik akibat tersumbat kerana jangkitan kuman.

Kata dua dari penyanyi, Zur Eda

Kata doktor, saya boleh menyanyi dan tidak ada masalah untuk itu. Cuma, saya perlu berehat sekejap untuk dapatkan kembali tenaga yang hilang. Tetapi, awal bulan depan saya akan kembali aktif dan sibuk di studio serta menerima persembahan

1