Melalui temubual mStar Online ibu Syamsul mengesahkan bahawa pasangan itu bakal bernikah pada bulan Februari ini. Majlis merisik telah berlangsung di rumah keluarga perempuan di Sri Damansara, semalam (Ahad) dan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada bulan hadapan di atas permintaan Syamsul sendiri.

Menurutnya ibunya lagi, Syamsul berhasrat mengahwini Sarah selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada 28 Disember lalu. Tahniah kami ucapkan buat kedua-dua pasangan ini. Semoga perkahwinan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Gambar penuh selepas ini.