Apa nak jadi artis kita yang sorang ni. Sejak bertambah popular bermula dengan menjadi hos AC Di Sini, kemudian hos Akademi Fantasia 7, dan sekarang menjadi usahawan MLM berjaya membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk memeriksa beberapa dokumen yang dikemukakan bekas isterinya.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menangguhkan sehingga 12 Oktober ini untuk menyambung semula perbicaraan selepas peguam syarie, Siti Aishah Din memaklumkan kepada mahkamah beliau memerlukan masa untuk meneliti semua dokumen dan perlu berbincang dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, sebelum sesi soal balas pada tarikh akan datang.

— Petikan: Berita Harian Online