Pertama sekali, kami mengucapkan tahniah buat pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Khabarnya Almy sudah hamil beberapa minggu. Sebelum ini, berita kehamilan Almy telah dikongsikan oleh teman rapatnya, Aida Gadis Melayu.
Menurut Almy, kalau boleh dia tidak mahu berita itu didedahkan kepada umum kerana macam-macam boleh terjadi. Dia bukan sengaja tidak mahu berkongsi berita baik itu namun mengambil langkah berjaga-jaga. Malah ketika dia berdiam pun, masih ada mulut jahat mempersoalkan tentang kehamilannya.
Bersabarlah Almy, mulut manusia tidak boleh ditutup. Eh salah, mulut Melayu lebih spesifik.