Linda Rafar menjelaskan anak keduanya, Rezaiman Keiflin yang terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras sejak tiga minggu lepas mengalami ketumbuhan kronik di dalam perut dan masih menjalani rawatan lanjut mengelakkan ia terus merebak.

Dia berkata lagi, anaknya masih lemah dan memerlukan bantuan ubat-ubatan bagi menghalang penyakit itu terus merebak. Linda akui telah berhabis berpuluh ribu ringgit untuk membeli pelbagai ubatan selain mencuba pelbagai jenis rawatan bagi mengubati anaknya.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar anaknya Rezaiman cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Sumber dipetik: Astro Gempak