Azwan Ali, ratu meroyan zaman kini telah disoal siasat polis gara-gara tindakannya mengeluarkan tweet yang mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali. Dalam petikan tweet Azwan menyebut, “Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini… kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar“.

Ummi Hafilda hanya memaafkan abangnya itu jika Azwan membuat perakuan secara bertulis dan memohon maaf secara terbuka melalui media. Dia telah menerima e-mel pengakuan Azwan Ali daripada peguamnya dan setakat ini berpuas hati dengan perkara tersebut.

Ummi menyebut, laporan polis hanya akan ditarik balik jika abangnya memenuhi syarat yang telah dia tetapkan. Azwan Ali tidak dapat dihubungi buat masa ini difahamkan dua telefon BlackBerrynya telah dirampas polis untuk siasatan lanjut.

Menariknya hari ini, tweet daripada Azwan Ali agak lembut bahasanya. Kenapa ye? Oh! Tidak lupe, Kami juga mangsa blacklist di twitternya. SUPER LOL!