Buletin Utama TV3 tengah hari tadi telah memaparkan visual sidang akhbar Azwan Ali meminta maaf secara terbuka kepada adiknya, Ummi Hafilda di atas kelancangan mulot dan tangannye dengan menulis di laman twitter berbunyi seperti mahu membunuh, mengerat dan membakar adiknya itu. Ummi Hafilda, walaubagaimanapun telah membuat laporan polis berkenaan isu ini semalam.

Azwan, ketika sidang akhbar tersebut dilihat telah menitiskan air mata jantans semasa dia meminta maaf kepada adiknya. Antara kenyataannya berbunyi, “Negara bakal kehilangan seorang pengkritik hebat yang menentang usaha Umi Hafilda membongkar perilaku salah seorang adik beradik saya iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali setelah saya mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga maruah keluarga.”

Kami menyambut baik niat Azwan Ali meminta maaf secara terbuka ini. Namun percayakah anda, pe’elnya bakal datang kembali? Sama seperti temubual Melodi ketika baru pulang umrah beberapa tahun lepas, jika uols masih ingat. Usah risau kerana ianya pasti. Di dalam sidang akhbar tersebut, Azwan berjanji tidak akan menulis  mengenai politik negara di laman twitternya lagi. Mak percaye sangat noks. Kelakar lol.

Ape pun, Alhamdulillah kami bersyukur sebenarnya kerana pada anggapan kami hanya adiknya sahaja yang mampu mendiamkan seorang abang yang kerap meroyan. Tetapi gelagat adik beradik ni agak suspicious, bukan? Hmm.