Seronok kami melihat undian yang dibuat oleh rakan media kami iaitu Best Of Me 321 mengenai perhimpunan Bersih 2.0 di Facebook bermula pada minggu lepas.

Seramai 103,143 telah mengundi. Walaupun keputusannya sehingga hari ini hampir kepada 50-50, keputusan penuh adalah TIDAK SETUJU dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan esok.

Apakah pendapat uols mengenai perhimpunan ini? Apakah dengan perhimpunan ini mampu mengubah segalanya? Kami hanya terfikir bahawa kita hanya dipergunakan oleh golongan politik untuk kepentingan masing-masing. Tepuk dada fikir sendiri.