Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah sah bercerai dengan suaminya Bade Azmi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam sekitar jam 11.35 pagi.
Suaminya melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di mahkahmah tersebut. Bade hadir berasingan menaiki motosikal sekitar jam 10.30 pagi manakala Erma hadir ke mahkamah sekitar 11 pagi ditemani adiknya Betty Rahmad.
Bade telah memfailkan perceraian pada 10 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.