012876877

Selepas berpantang 44 hari, aktres jelita, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 35 dan suaminya, Engku Emran memperkenalkan Engku Aleesya kepada khalayak ramai pada majlis aqiqah dan cukur jambul, petang tadi.Seramai 500 saudara-mara, rakan-taulan dan kenalan rapat hadir dalam majlis meriah tersebut yang diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya sangat berpuas hati dengan buaian dan hiasan serta kumpulan marhaban yang memberikan persembahan tadi,” kata Erra pada sidang akhbar sejurus majlis itu.

012876932

012877122