idris_khan_1209_620_413_100

Selepas Atikah Suhaime bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar gambar yang dikatakan mereka berbogel, berbeza pula pendekatan yang diberi oleh Idris Khan.

Dipetik Idris Khan berkata

Secara realistiknya banyak orang dalam industri hiburan ini saling mahu menjatuhkan. Jadi sebagai pelakon baru saya perlu bijak menjaga dan mengawal diri.

Jangan terlalu cepat mempercayai seseorang.

 

Dalam kenyataan Idris, dia akui dalam dunia hiburan ini tidak terlepas dengan perbuatan “tikam belakang”. Dia kini memilih kawan dalam dunia seni selepas dilanda kontroversi video seks dengan dua pelakon lain termasuk, Atikah Suhaime.

Bagi Idris, apa yang telah berlaku telah mengajarnya banyak perkara dan dia yakin dia lebih bersedia untuk berdepan kontroversi dan masalah di masa akan datang.