Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran disahkan bercerai pada 18 Februari lalu. Namun baru-baru ini, Emran dilihat memujuk bekas isterinya itu dengan memaparkan gambar Engku Aleesya memakai baju T bertulis #prayformomandayah.

Erra yang tidak menyangka dan terkejut dengan tindakan Emran itu berharap agar bekas suaminya menghormati privasinya.

Tolong hormati privasi saya. Tiada ibu bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya.