Seronok betul kami tengok gambar-gambar berbulan madu pasangan ini di Bali baru-baru ini. Rozita Che Wan dan Zain Saidin ditemani beberapa rakan termasuk tunjang utama majlis perkahwinan mereka itu Man Kajang dan AnnasEaskey. Dipetik kata-kata Rozita di portal Gua menyebut

Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata.

Tak sabar kami ingin melihat anak kelahiran mereka ini, pasti comel & putih bak ayahnya, berbulu mata lebat bak ibunya. Gambar penuh percutian mereka di Bali selepas ini.