Kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara program Raja Lawak musim ketujuh pada pertandingan akhir yang diadakan malam Jumaat.
Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berjaya menewaskan peserta lain dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor sekadar berpuas hati berada ditempat kedua.
Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat.
Tahniah dud