Kes saman fitnah terhadap pelakon Nadia Mustafar yang difailkan sejak tahun 2005 akhirnya sampai ke penghujungnya. Kes saman ini telah pun dimenangi oleh Lisdawati. Sementara Lisdawati angkat tangan kegembiraan, Nadia pula menepuk dahi kerana perlu melangsaikan saman sebanyak RM250 ribu dengan kadar faedah 8 peratus setahun.

Mari kita refresh semula memori masing-masing, pada tahun 2003. Nadia Mustafar telah memfitnah Lisdawati kononnya dia meminjam sejumlah wang tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser dan pengarah untuk mendapatkan tawaran berlakon. Lisdawati menerusi Karpal Singh telah menyaman Nadia pada tahun 2005.