Tahniah diucapkan buat pasangan suami isteri, Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza selepas menerima cahayamata kedua mereka.
Berita gembira disampaikan sendiri oleh Norman melalui akaun Instagramnya. Bayi tersebut dilahirkan pada jam 9.57 malam, 8 April 2015 dengan berat 3.45 kilogram. Menurut Norman lagi, kedua-dua bayi dan ibunya dalam keadaan sihat sejahtera.