Melalui laporan Murai dipetik, Misha Omar akhirnya menjawab mengenai tarikh perkahwinan mereka yang menjadi tanda tanya kerana tertangguh agak lama akibat komitmen masing-masing.

Misha mengesahkan bahawa dia dan tunangnya, Firos Ezzwan Rosly akan bernikah pada Februari 2014. Tarikh sebenar pernikahannya belum ditetapkan kerana kedua-dua keluarga akan berbincang selepas Hari Raya Aidilfitri.