https://www.youtube.com/watch?v=Ij022dP9dX4

Video ini menarik perhatian penulis kerana dikala Perdana Menteri kita sedang sibuk menyatukan rakyat Malaysia dengan kempen 1Malaysia, Namewee datang lagi in a different version. Kali ini dia tidak menyerang Melayu, Islam, Kerajaan Malaysia atau Polis seperti yang dia buat satu ketika dahulu tetapi melepaskan maki hamunnya kepada pekerja TNB kerana berlaku breakdown di kawasan tempat tinggalnya. Walaupun dia berhak memberi teguran kepada TNB sebagai seorang pengguna tetapi biarlah beradap tanpa menggunakan perkataan lucah dan kesat.