Polis-Evo-Sam-03

Agak lama juga filem-filem tempatan terutamanya Melayu tidak mendapat sambutan hangat di pawagam-pawagam berdekatan. Namun filem ini berjaya membuat perubahan apabila menjadi filem yang mendapat kutipan sebanyak RM15 Juta sekaligus telah memecahkan rekod KL Gangster yang mempunyai kutipan setinggi RM12 juta.

Selepas mendapat reaksi positif daripada penonton, pihak produksi telah memanjangkan tempoh tayangan mereka di pawagam. Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini menggandingkan pelakon popular, Shaheizy Sam dan Zizan Razak dengan aksi dan jalan cerita yang cukup menarik untuk disaksikan. Ternyatakan, kejatuhan populariti Zizan Razak tidak mengganggu kelancaran dan kehebatan filem ini.