Betty Banafe, 33 tahun, telah bergelar isteri kepada jejaka berketurunan Arab, Bruce Dargus apabila selamat bernikah di Villanye di Kempas, Johor sekitar jam 2.00 petang, kelmarin.

Betty Banafe menerima 5 dulang hantaran berupa smartphone Samsung Galaxy S3, sebuah komputer riba Macbook Air, sebuah Apple TC, telekung dan tepak sirih. Manakala di sebelah pihak lelaki pula menerima 7 dulang hantaran berupa sebuah Al-Quran digital, songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan juga sirih junjung.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 300 orang tetamu terdiri daripada pihak media, VVIP dan saudara mara Betty Banafe sendiri. Majlis persandingan akan berlangsung di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru pada 12 Disember 2012.