Agak heboh minggu ini mengenai perhubungan rahsia antara Zahida Rafik dan seorang menteri iaitu Datuk Seri Shafie Apdal yang didedahkan oleh pemandu peribadi artis itu, Noor Azman Azemi.

Lebih menarik lagi, dalam laporan polis yang di buat Azman ada menyebut bahawa Zahida menerima wang sejumlah RM1.5 Juta untuk Datuk bertemu dengannya beberapa kali di hotel sekitar Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, laporan itu disangkal menteri terbabit bahawa laporan yang dibuat Azman adalah tidak benar sama sekali. Beliau juga menyifatkan penyebaran laporan itu sebagai satu tindakan berniat jahat yang dirancang pembangkang (— WTF?).

Shafie Apdal tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menfitnahnya berhubung isu berkenaan. Sekiranye apa yang berlaku ini benar, maka Shafie Apdal akan menerima satu tamparan hebat di masa akan datang selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah.

Sumber dipetik: mStar Online