Julung kalinya, lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah telah diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19) yang berlangsung di Stadium Melawati, semalam. Kami tidak ingin menceritakan kemenangan yang diterima Shila Amzah. Cuma kami ingin pertikaikan, adakah kemenangan ini SETELAH Shila menempah nama di pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September yang lalu?

Jika Shila tidak diangkat sebagai juara di Asian Wave tempoh hari, adalah dia akan menerima nasib yang sama seperti tahun-tahun sudah? Lagunya ini bersaing dengan artis-artis terbaik seperti Jaclyn Victor dan Yuna, kami bersependapat bahawa tanpa kemenangan di Asian Wave tempoh hari, adalah agak sukar untuk Shila terpilih sebagai Anugerah Lagu Terbaik. Adakah anda bersependapat dengan kami? Adakah ini sekadar konspirasi & propaganda disebalik AIM19?

Keputusan penuh Anugerah Industri Muzik 19 selepas ini.

  1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
  2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
  3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
  4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor)
  5. Artis Baru Terbaik – MOJO
  6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen)
  7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna)
  8. Lagu Pop Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah)
  9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter)
  10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
  11.  Anugerah Kembara – Mizz Nina
  12. Anugerah Sri Wirama – Alleycats
  13. Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
  14. Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu – Jacyln Victor (Counting Days)
  15. Album Terbaik – SalamMusik
  16. Lagu Terbaik – Shila Amzah (Patah Seribu)