Nun jauh disebuah bandar bernama Camina, Chile. Lebih kurang 147 kilometer dari bandar Iquique dan kira-kira 3.7 kilometer di atas paras laut, terletaknya sebuah tasek bernama Red Lagoon. Tasik ini mula popular sekitar 2009 apabila Jabatan Pelancongan menemuinya berdekatan Caritaya Reservoir. Perairannya yang berwarna merah seolah-olah dakwat merah ataupu darah telah tumpah di situ.

Menurut sejarah, terdapat lagenda menceritakan di mana sumpahan misteri yang dikaitkan dengan makam Mesir. Malah, kehilangan beribu-ribu kaum Aymaras juga telah dikaitkan dengan tasik ini kerana mereka telah meminum air di perairan sebelum hilang.