Siapa tidak kenal Dottie atau nama penuhnya, Nor Syuhaida Abd Razak kini telah selamat berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Haffis Abu Hassan. Dottie mulai popular apabila berlakon dalam sebuah filem Hantu Bonceng dan beberapa drama. Mereka telah bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 10 pagi semalam. Dipetik Dottie berkata
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana majlis semalam berjalan lancar, berkat doa serta restu kedua-dua belah pihak kami sah bergelar suami isteri ,” katanya.
Majlis persandingan mereka akan diadakan pada 7 Januari 2017 di Banting, Selangor setelah mengikat tali pertunangan pada April lalu. Dottie bagaimanapun telah merahsiakan jumlah hantaran dan mas kahwin, namun masing-masing berbalas tiga dulang hantaran.