Di UK, satu kajian mendapati bahawa isi rumah telah membazir sebanyak £134 juta setahun kerana melakukan pengecasan berlebihan terhadap gajet-gajet seperti laptop dan telefon bimbit.

Dalam satu kajian, dalam satu daripada lima orang akan membiarkan peralatan mereka dipasang walaupun bateri sudah penuh kerana mereka takut kehabisan bateri ketika mereka keluar daripada rumah. Manakala, satu daripada sepuluh orang pula memberi alasan kemalasan melanda mereka untuk tarik plug.

Pengecasan berlebihan mengurangkan jangka hayat bateri dan meningkat bil elektrik isi rumah kepada £60 setahun tanpa mereka sedari. Di Malaysia, berapa ramai di antara kamu sedar mengenai perkara ini?

Sumber dipetik: