Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar Tauke Jambu sedang berpelukan dengan gadis di sebuah kelab malam. Gambar itu menjadi kontroversi apabila menjadi viral di blog-blog hiburan tanahair.

Tauke apabila dihubungi menjelaskan

Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi