Saya ternyata keliru dengan laporan yang dinyatakan oleh media massa. Dilihat seperti pergaduhan ini dimulakan oleh guru itu sendiri kerana dia tidak dapat menahan emosi dan bertindak tidak profesional apabila anak muridnya menulis perkataan “Gila Babi” di dalam tugasan sekolahnya.

Walaubagaimanapun, anak muridnya itu pula bertindak kurang ajar dengan menendang perut gurunya itu. Video tersebu tidak ditunjuk di dalam berita.

Ternyata di dalam aspek ini, kedua-dua pihak telah bersalah. Guru yang tidak dapat tahan emosi lalu bertindak secara tidak profesional & pelajar yang bertindak kurang ajar.

Guru tersebut perlu dihantar kursus jati diri dan keputusan menggantung pelajar tersebut selama 1 minggu tidak memadai. Wei, pelajar bergaduh dekat sekolah pun boleh kena buang sekolah tau.

ps: Tengok muka guru itu sahaja saya sudah merasakan ramai pelajar membencikannya.