Sebuah akaun Instagram the.watch.police telah mendakwa Wak Doyok dan beberapa selebriti di Malaysia seperti Adira AF dan Dato’ Aliff Syukri sebenarnya memakai jam tangan mewah yang palsu.
Ini bukan kali pertama the.watch.police membuat pendedahan mengenai jam tangan palsu milik Wak Doyok malah beberapa bulan lepas mereka juga mendedahkan jam Omega milik selebriti tersebut adalah bukan asli.
Apa pun kami pernah menghadiri seminar anjuran Dato’ Aliff Syukri dan beliau tanpa segan mengakui bahawa produk yang dipakainya kebanyakkan tidak asli dan dia berbangga.