krisdayanti-tino-muroh

Perceraian dikatakan berlaku empat hari sebelum Ramadhan dan dedah Anang, bukan dirinya yang menuntut cerai selepas 13 tahun berkahwin. Namun, enggan didedahkan punca perceraian mereka.

Tambah Anang, mereka sudah berbincang tentang semuanya termasuk pembahagian harta dan dipersetujui yang kedua-dua orang anak mereka akan tinggal bersama Anang. Malah sudah dua minggu Anang dan anak mereka tinggal di rumah produksi milik mereka.

Mengikut khabar angin, permasalahan rumahtangga Krisdayanti (KD) dan Anang sudah lama wujud dan dipercayai ramai, KD puncanya. Sebelum ini sudah beberapa kali dia dikaitkan dengan lelaki lain, antaranya, gitaris dan penulis lirik Tohpati dan pelakon Dicky Wahyudi.

Lebih mengejutkan, baru-baru ini anak sulung mereka Titiania, 11, bila ditemuramah stesen televisyen SCTV memberitahu pernah melihat ibunya di bilik tidur dengan seorang lelaki, yang dikatakan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste.

Nak dijadikan cerita, Titania pernah digembar-gemburkan sebagai hasil perhubungan KD bersama cucu bekas presiden Indonesia Soeharto, Ari Sigit. Pendedahan tersebut dibuat bekas isteri Ari, Maya.

Diambil dari Gua