Bekas vokalis Mojo iaitu Aweera telah membuat kenyataan bahawa Edry Abdul Halim telah menggunakan kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) Caliph Busker untuk meraih simpati masyarakat apabila terpilih untuk memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang berlangsung pada Ahad lalu.

“Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan penyanyi baharu Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik,”

Namun apabila ditanya mengenai persembahan Caliph Busker, Aweera ternyata amat kagum dan hampir-hampir menangis ketika menyaksikan persembahan mereka.