Semalam dunia tanahair dihebohkan dengan berita majlis pernikahan suami kepada pengarah, Erma Fatima yang telah bernikah sekali lagi pada 27 Mei di Cherating, Pahang.
Erma Fatima ketika memberi kenyataan kepada media berkata, dia restu dan izinkan perkahwinan tersebut. Dia tidak boleh menghalang orang yang disayangi untuk mendapatkan kebahagiaan kerana ia adalah soal hati.
Erma Fatima memohon kepada media supaya tidak sensasi berita perkahwinan tersebut kerana menyatakan suaminya berhak dan mampu untuk berkahwin lagi.
Mungkin para wanita diluar sana boleh menjadikan Erma Fatima sebagai idola dalam menghadapi perkara sebegini. Heh!