Selepas 2 minggu isu gambar bentuk badan yang dimuat naik Shila Amzah menjadi hangat. Shila tampil memberi penjelasan melalui temubualnya dengan pihak mStar.

Menurut Shila, dia tidak sedar dan terfikir langsung perkara tersebut boleh menjadi isu kerana tujuannya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang dia memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gym.

Dia hanya sedar sejam kemudian apabila keluarganya menghantar mesej meminta dia menghapuskan gambar tersebut dengan segera.