Siti Nurhaliza mengakui berhasrat untuk mengambil anak angkat dari bumi Gaza namun niatnya terbantut kerana undang-undang negara itu yang tidak membenarkan anak-anak keluar dari negara itu.

Siti Nurhahaliza berkata, kalau Allah beri dia satu keajaiban, dia bawa balik bayi dari Gaza. Menurut sumber, 52 peratus daripada populasi Gaza adalah kanak-kanak. Sehingga ke hari ini, 18 ribu kanak-kanak di Gaza kehilangan ibu bapa dan hanya 500 daripadanya menerima pembiayaan secukupnya.