Beberapa selepas Zamani Slam ditangkap kerana memiliki dadah jenis heroin, masyarakat dilihat bersimpati dengannya. Tidak kurang juga, seorang daripada komposer terkenal Saari Amri apabila memuat naik status yang menimbulkan tanda tanya apabila ia dikaitkan dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun begitu, sidang media bersama Zamani Slam telah menyebut agar ia tidak dikaitkan dengan penyanyi tersebut dan menganggap apa yang berlaku ke atas dirinya adalah ketentuan Tuhan.

Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian. Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir yang terpaksa saya terima

Zamani tidak menyangka dan berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan moral untuk kembali pulih dari menagih dadah.

Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan. Namun saya tidak sangka ramai yang memberi sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu