Yeah. Ini antara gosip paling hangat pada tahun ini. Sudahlah merampas suami orang, bercuti pun bersama. Bila gosip tersebar dan isteri buka cerita, Hanez pula mahu isteri kepada skandalnya memohon maaf?

Ramai peminat dunia seni terutama para isteri berang dengan kenyataan Hanez Suraya semalam apabila mahu isteri kepada Romie Razin (kini kekasihnya) membuat permohonan maaf kerana menfitnahnya sebagai punca keretakan rumahtangga pasangan itu.

Antara komen yang menarik kami baca di Insta milik Hanez, terdapat peminat yang mengatakan Hanez takkan melepaskan Romie antara sebabnya kekayaan Romie yang antaranya memilik kenderaan Ferrari. #LOL

Ikuti kenyataan Hanez dan Romie di bawah.

Kenyataan Hanez Suraya

Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 3 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu. Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka.

Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.

Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya.

Kenyataan Romie

Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia.

Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam.

Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga